INFAQ PENGAJIAN

Bantu realisasi cita-cita anak huffaz dengan menyumbang ke Tabung Infaq Pengajian.

Kesan dari pandemik Covid-19, ramai dari kalangan ibu bapa pelajar hilang pekerjaan serta punca pendapatan bagi menampung kos belajar anak-anak di institusi tahfiz.

 

Ekonomi yang makin merosot turut menyumbang kepada kenaikan kos pengurusan, barangan asasi serta tenaga pendidik di MATAND.

 

Namun begitu, tekad ibu bapa masih kuat untuk bantu anak-anak mereka terus belajar mengenal dan menghafaz Al-Quran.

 

Tabung Infaq Pengajian ini diwujudkan bertujuan membantu anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk teruskan pengajian tahfiz. 

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

 

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." (Surah al_Qasas. Ayat 77)        

 

Setiap infaq yang disalurkan mampu membantu pelajar-pelajar ini terus belajar dalam mengenal serta menghafaz Al-Quran.

 

Bayangkan pahala yang mengalir berterusan selagimana infaq yang telah diberikan digunakan untuk menuntut ilmu yang dapat mereka manfaatkan sepanjang hidup.

MATAND sangat berbesar hati dan mengalukan sumbangan ikhlas ini demi terus membantu generasi baru dan akan datang dalam membentuk generasi yang bukan sekadar menghafaz Al-Quran, tapi juga dapat memberi manfaat pada seluruh ummah.

Hadapan pagar MATAND.

Surau dan ruang mengaji.

Asrama 

Dewan makan